Assalamualaikum.
Lama sangat tinggalkan blog. Dulu rajin update blog sebab bujang lagi, lepastu pula masa tu tengah study, so laptop memang ada je depan mata. Lepas kerja laptop pun entah kemana, asyik berkepit je dengan handphone. Update blog guna handphone tak best sebab kecil sangat kehkeh. Haritu kenkonon nak cerita pasal wedding preparation semua, tapi buat sekerat je lepastu padam balik. Malas lah cerita kahwin, dah selamat dah pun.
Sebabkan sekarang dah ada mood rajin ni, saja je nak cerita pasal pengalaman pregnant ihikhiks. Sebab pengalaman pregnant setiap orang lain lain, lepastu pregnant anak pertama, anak kedua pun lain lain, tak sama, so saja nak letak kat sini nanti bila pregnant anak kedua boleh baca balik, gituuuu.
Awal tahu pregnant lepas buat open house raya 2015. Masa tu tiap hari kepala pening macam nak pecah, tapi langsung tak syak apa apa. Memang mengharap. Serius mengharap. Setiap kali masuk shopping mall mesti singgah Watson beli pregnancy test. Awal dulu masa beli malu malu, dah lama tu langsung tak ada rasa malu. Tiap minggu kalau boleh nak buat urine test sebab nak tengok positive ke tak, tapi resultnya non hado. Rasanya ada dalam 10 pregnancy test beli dekat Watson. Dahlah mahal, paling murah pun dalam RM8++ kalau tak silap. Rasa macam membazir, lepastu beli online pula satu strip RM0.80. Tapi beli online sampainya lambat sebab orang tu nak kumpul order dulu. Sebabkan tak sabar, pergi mall beli lagi 2 pregnancy test lain lain brand. Sampai rumah malam tu terus test sebab masa tu pun dah sehari lewat datang period, ha'ah sehari je lewat, tapi dah over. Nampak tak kesungguhan nak sangat anak tu macam mana kehkeh. Sebelum buat urine test dah nekad dah, kalau negative juga lepasni tak payah buat lagi. Tunggu sebulan dua baru buat. Dah nekad sampai macam tu sekali sebab banyak kali frust. So buatlah urine test macam biasa, letak strip tunggu berapa saat macam tu, still satu line. Fineeee. Letak dekat atas mesin basuh. Tapi terasa nak tengok balik, nampak naik dua line tapi satu line tu samar samar je. Kena tengok betul betul, yela baru sehari lewat haha. Terus jerit bagitahu suami ada dua line. Tak tahu nak cakap apa, perasaan tu macam lain sangat. Tiba tiba suasana jadi macam sayu je. Nangis. Tapi nangis gembira. Alhamdulillah rezeki Allah bagi.
Esoknya pregnancy test yang beli online tu sampai. So hari hari lepas mandi buat urine test even dah tahu pregnant sebab takut dua line tu hilang haha. Segala macam group dekat facebook semua pakat join. Info ibu hamil - doakan kami hamil - ibu mengandung, macam macam, sebab senang nak tahu info boleh check kat situ je. Bila dah 8 weeks pregnant baru pergi klinik buka buku. Awal awal tu buka buku dekat klinik swasta sebab ada pengalaman teman kawan masa buat check up dekat klinik kerajaan, tapi since tahu uri rendah, ada kencing manis masa hamil, terus ikut cakap mama buka buku merah dekat klinik kerajaan pula. Alhamdulillah rezeki masing masing kot kan, selama check up dekat klinik kerajaan tak ada pula nurse doctor marah marah, so dengan senang hatinya tiap sebulan 2 kali datang klinik serah diri.